Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Blog rasmi Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang ini bertujuan untuk memberi sebanyak mungkin maklumat kepada semua GC agar dapat dikongsi bersama bagi memastikan Kecemerlangan Berterusan.

Monday, September 6, 2010

Ucapan Tahniah & Syabas

Ucapan Tahniah & Syabas di ucapkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang untuk sesi 2011-2012.

Semoga ahli-ahli jawatankuasa baru dapat memberi kerjasama dan sokongan untuk berbakti dan menaikkan nama Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang.

KECEMERLANGAN BERTERUSAN


AHLI JAWATANKUASA MGCPP 2011-2012

YDP: EN. OOI ENG LYE

NAIB YDP: EN. YUSOFF MAT


Setiausaha1: CIK KHOR SIM SUAN

P. Setiausaha:PN. ASHA DASS


Bendahari:PN. TAN GAIK BENG

Pen. Bendahari: EN. GOH HONG PENG


Juruaudit 1: PN. SALEHA BT SALLEH
Juruaudit 2: PN TAN MOOI YOKE


Pengerusi Kelompok Timur Laut:PN BOEY MEI LI
Pengerusi Kelompok Barat Daya:EN. NG WENG TUTT
Pengerusi Kelompok SPUtara:PN. HJH CEK RAMLAH
Pengerusi Kelompok SP Tengah:DR. R DHANAPAL
Pengerusi Kelompok SP Selatan:EN. TEOH SEANG KIM

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kepada Semua GC Yang Beragama Islam,


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Dpd: En. Ooi Eng Lye
YDP Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang

Tuesday, August 17, 2010

PINDAAN WAKTU UNTUK PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME & AGM MAJLIS GURU CEMERLANG PULAU PINANG

Kepada Semua GC Pulau Pinang,

Sukacita dimaklumkan bahawa program profesionalisme & AGM Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang akan diadakan pada pukul 2 petang dan bukan pada 8 pagi, pada 2 September 2010 di Dewan SMK Tinggi Bukit Mertajam.

Surat panggilan yang telah diubah waktu program tersebut sedang dihantar dan GC yang belum terima surat panggilan tersebut sebelum/pada 25 Ogos 2010, sila telefon YDP - En.Ooi di talian 012-4183272.

TUAN PENGARAH TELAH SUDI MENYAMPAIKAN UCAP UTAMA & MERASMIKAN AGM MGC PULAU PINANG KALI KE-8/2010

Kedatangan semua GC adalah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih


En. Ooi Eng Lye
YDP, MGC Pulau Pinang

Monday, August 9, 2010

PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME & AGM MAJLIS GURU CEMERLANG PULAU PINANG

kEPADA SEMUA GURU CEMERLANG YANG DIAORMATI,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu program perkembangan profesionalisme & AGM Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang akan diadakan pada:

Tarikh: 2 Sept 2010(Khamis)
Tempat: Dewan SMK Tinggi Bukit Mertajam
Masa: 8 pagi

Ucap Utama akan disampaikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang

Tuan/Puan GC adalah dijemput untuk hadir.

Sesiapa yang belum menerima surat panggilan, sila maklumkan kepada En. Ooi Eng LYe(012-4183272/mgcpulaupinang@gmail.com) dengan segera

"KECEMERLANGAN BERTERUSAN"

TERIMA KASIH

Ooi Eng Lye
YDP MGC Pulau Pinang

Friday, July 9, 2010

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG- FASA2/2010

KEPADA SEMUA GC,

SILA LAYARI WEBSITE KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA/JEMAAH NAZIR & JAMINAN KUALITI(JNJK) UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI URUSAN PEMANGKUAN GC - DG32,DG38,DG44 DAN GRED KHAS C.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DARI WEBSITE TERSEBUT.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN- 22 JULAI 2010- BORANG YANG SIAP PERLU DIHANTAR MELALUI KETUA JABATAN KE JPN SEBELUM/PADA 22 JULAI 2010


SEKIAN. TERIMA KASIH

EN. OOI ENG LYE
YDP MGC PULAU PINANG

Friday, June 18, 2010

MESYUARAT MAJLIS GURU CEMERLANG KE II/2010

KEPADA SEMUA GC PULAU PINANG YANG DIHORMATI,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang akan di adakan pada:
Tarikh: 8 Julai 2010(Khamis)
Masa: 8 pagi- 1 petang
Tempat: Dewan SK Pokok Sena, Pokok Sena, Kepala Batas
(berhampiran BTPN Pulau Pinang, Pokok Sena)

Semua GC Pulau Pinang dijemput GC yang tidak menerima surat panggilan mesyuarat selepas 1 Julai 2010 boleh menghubungi YDP MGC Pulau Pinang di alamat emel: mgcpulaupinang@gmail.com

Terima Kasih.

En. Ooi Eng Lye
(YDP, MGC Pulau Pinang)

Monday, May 31, 2010

PENGOSONGAN WAKTU MENGAJAR GURU CEMERLANG DALAM JADUAL WAKTU HARI KHAMIS

Menurut Surat Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, No. Ruj: JPNPP(KUR)900-3/6(4) bertarikh 24 Mei 2010 kepada semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Pulau Pinang, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang telah memaklumkan bahawa surat Waktu Mengajar/Jadual Waktu Guru Cemerlang (No. Ruj: Pen.P.P(Men)08/05/004Jld2(45) bertarikh 5 April 2006 ditangguhkan penguatkuasaannya.

Tujuan arahan ini dikeluarkan supaya membantu melicinkaan pengurusan P&P dan jadual waktu sekolah.

Sekiranya ada permohonan keperluan kepakaran Guru Cemerlang, pihak pengetua/guru besar disarankan menggunakan budi bicara untuk membenarkan/meluluskan permohonan keperluan tersebut.