Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Blog rasmi Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang ini bertujuan untuk memberi sebanyak mungkin maklumat kepada semua GC agar dapat dikongsi bersama bagi memastikan Kecemerlangan Berterusan.

Monday, September 6, 2010

Ucapan Tahniah & Syabas

Ucapan Tahniah & Syabas di ucapkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang untuk sesi 2011-2012.

Semoga ahli-ahli jawatankuasa baru dapat memberi kerjasama dan sokongan untuk berbakti dan menaikkan nama Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang.

KECEMERLANGAN BERTERUSAN


AHLI JAWATANKUASA MGCPP 2011-2012

YDP: EN. OOI ENG LYE

NAIB YDP: EN. YUSOFF MAT


Setiausaha1: CIK KHOR SIM SUAN

P. Setiausaha:PN. ASHA DASS


Bendahari:PN. TAN GAIK BENG

Pen. Bendahari: EN. GOH HONG PENG


Juruaudit 1: PN. SALEHA BT SALLEH
Juruaudit 2: PN TAN MOOI YOKE


Pengerusi Kelompok Timur Laut:PN BOEY MEI LI
Pengerusi Kelompok Barat Daya:EN. NG WENG TUTT
Pengerusi Kelompok SPUtara:PN. HJH CEK RAMLAH
Pengerusi Kelompok SP Tengah:DR. R DHANAPAL
Pengerusi Kelompok SP Selatan:EN. TEOH SEANG KIM

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kepada Semua GC Yang Beragama Islam,


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Dpd: En. Ooi Eng Lye
YDP Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang

Tuesday, August 17, 2010

PINDAAN WAKTU UNTUK PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME & AGM MAJLIS GURU CEMERLANG PULAU PINANG

Kepada Semua GC Pulau Pinang,

Sukacita dimaklumkan bahawa program profesionalisme & AGM Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang akan diadakan pada pukul 2 petang dan bukan pada 8 pagi, pada 2 September 2010 di Dewan SMK Tinggi Bukit Mertajam.

Surat panggilan yang telah diubah waktu program tersebut sedang dihantar dan GC yang belum terima surat panggilan tersebut sebelum/pada 25 Ogos 2010, sila telefon YDP - En.Ooi di talian 012-4183272.

TUAN PENGARAH TELAH SUDI MENYAMPAIKAN UCAP UTAMA & MERASMIKAN AGM MGC PULAU PINANG KALI KE-8/2010

Kedatangan semua GC adalah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih


En. Ooi Eng Lye
YDP, MGC Pulau Pinang

Monday, August 9, 2010

PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME & AGM MAJLIS GURU CEMERLANG PULAU PINANG

kEPADA SEMUA GURU CEMERLANG YANG DIAORMATI,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu program perkembangan profesionalisme & AGM Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang akan diadakan pada:

Tarikh: 2 Sept 2010(Khamis)
Tempat: Dewan SMK Tinggi Bukit Mertajam
Masa: 8 pagi

Ucap Utama akan disampaikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang

Tuan/Puan GC adalah dijemput untuk hadir.

Sesiapa yang belum menerima surat panggilan, sila maklumkan kepada En. Ooi Eng LYe(012-4183272/mgcpulaupinang@gmail.com) dengan segera

"KECEMERLANGAN BERTERUSAN"

TERIMA KASIH

Ooi Eng Lye
YDP MGC Pulau Pinang

Friday, July 9, 2010

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG- FASA2/2010

KEPADA SEMUA GC,

SILA LAYARI WEBSITE KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA/JEMAAH NAZIR & JAMINAN KUALITI(JNJK) UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI URUSAN PEMANGKUAN GC - DG32,DG38,DG44 DAN GRED KHAS C.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DARI WEBSITE TERSEBUT.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN- 22 JULAI 2010- BORANG YANG SIAP PERLU DIHANTAR MELALUI KETUA JABATAN KE JPN SEBELUM/PADA 22 JULAI 2010


SEKIAN. TERIMA KASIH

EN. OOI ENG LYE
YDP MGC PULAU PINANG

Friday, June 18, 2010

MESYUARAT MAJLIS GURU CEMERLANG KE II/2010

KEPADA SEMUA GC PULAU PINANG YANG DIHORMATI,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang akan di adakan pada:
Tarikh: 8 Julai 2010(Khamis)
Masa: 8 pagi- 1 petang
Tempat: Dewan SK Pokok Sena, Pokok Sena, Kepala Batas
(berhampiran BTPN Pulau Pinang, Pokok Sena)

Semua GC Pulau Pinang dijemput GC yang tidak menerima surat panggilan mesyuarat selepas 1 Julai 2010 boleh menghubungi YDP MGC Pulau Pinang di alamat emel: mgcpulaupinang@gmail.com

Terima Kasih.

En. Ooi Eng Lye
(YDP, MGC Pulau Pinang)

Monday, May 31, 2010

PENGOSONGAN WAKTU MENGAJAR GURU CEMERLANG DALAM JADUAL WAKTU HARI KHAMIS

Menurut Surat Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, No. Ruj: JPNPP(KUR)900-3/6(4) bertarikh 24 Mei 2010 kepada semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Pulau Pinang, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang telah memaklumkan bahawa surat Waktu Mengajar/Jadual Waktu Guru Cemerlang (No. Ruj: Pen.P.P(Men)08/05/004Jld2(45) bertarikh 5 April 2006 ditangguhkan penguatkuasaannya.

Tujuan arahan ini dikeluarkan supaya membantu melicinkaan pengurusan P&P dan jadual waktu sekolah.

Sekiranya ada permohonan keperluan kepakaran Guru Cemerlang, pihak pengetua/guru besar disarankan menggunakan budi bicara untuk membenarkan/meluluskan permohonan keperluan tersebut.

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa En. Ow Yong Kean Guan (Ketua Nazir Negeri Pulau Pinang sehingga 31 May 2010) akan bertugas sebagau Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Perak, KPM mulai 1 Jun 2010.

Sehubungan itu Saya bagi pihak MGC Pulau Pinang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh beliau kepada MGC Pulau Pinang.Semoga Tuhan yang membalas segala jasa baik tuan terhadap diri dan MGC Pulau Pinang.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan GC, Ketua Nazir Negeri,JNJK Negeri Pulau Pinang akan disandang oleh En. Chiang Choon Lim(mantan Ketua Nazir Negeri, Perlis) mulai 1 Jun 2010.

Pihak MGC Pulau Pinang mengucapkan "SELAMAT DATANG" dan SELAMAT BERTUGAS DI PULAU MUTIARA" kepada En. Chiang Choon Lim

Monday, May 24, 2010

Persidangan Kebangsaan GC Tahun 2010- TERKINI!

Kepada GC yang berminat untuk membentang kertas kerja ,sila merujuk kepada butiran seperti yang berikut:

Abstrak kertas kerja- sebelum atau pada 15 Jun 2010

Kertas Kerja yang lengkap(full paper) - sebelum atau pada 4 Julai 2010

TEMA PERSIDANGAN GC TAHUN 2010:PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MEREALISASIKAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA


Sila rujuk kepada panduan penulisan yang terpapar di dalam blog


Sila berhubung dengan En. Ooi Eng Lye(YDP, MGC Pulau Pinang- 012-4183272 sekiranya ada apa-apa pertanyaan)

Semua kertas kerja dan abstrak perlu dihantar ke emel: mgcpulaupinang@gmail.com mengikut tarikh yang ditetapkan di atas.

Harap maklum.

Terima Kasih

OOI ENG LYE

"Self-Assessment"

Kepada Semua GC Pulau Pinang,

Jawatankuasa Kurikulum Negeri Pulau Pinang telah mengesyorkan supaya semua GC membuat "self-assessment" dengan membuat perbandingan pencapaian mata pelajaran yang diajar oleh GC dengan guru biasa di sekolah masing-masing.

Terima Kasih

En. Ooi Eng Lye
YDP MGC Pulau Pinang

Thursday, April 29, 2010

Cerpen dan Rencana P&P

22 cerpen dan 22 rencana P&P berkesan diperlukan untuk buku mgcm 2010. Mohon kerjasama guru-guru cemerlang untuk memberi sumbangan. Tarikh tutup penghantaran adalah 15 Mei 2010 dan perlulah dihantar kepada bukumgcm2010@yahoo.com
Terima Kasih.

Tuesday, April 27, 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN MGCM 2010

Berikut adalah butir-butir mengenai persidangan

Tarikh: 26-29 Sept 2010
Tpt: Kompleks KWSP, Bangi, Selangor
Bayaran peserta/pembentang: RM 400.00 seorang
Tambang perjalanan: setakat ini, dibayar oleh peserta

GC Pulau Pinang yang berminat, sila berhubung dengan YDP, En. Ooi Eng Lye
(012-4183271) atau email mgcpulaupinang@gmail.com

Monday, March 8, 2010

Pengumuman Daripada Yang Dipertua MGC Pulau Pinang

Tajuk: "Koleksi Ilmiah GC Pulau Mutiara"


Guru Cemerlang Pulau Pinang adalah dipelawa untuk menyumbangkan artikel akademik atau kajian tindakan untuk diterbitkan dalam buku koleksi ilmiah GC Pulau Mutiara yang akan diterbitkan pada bulan Nov 2010. Koleksi artikel ini akan memberi peluang kepada GC Pulau Pinang untuk berkongsi ilmu dalam konteks P&P atau bentuk kajian tindakan.

Sebanyak 50 artikel akan diedit dan diterbitkan.

Panduan penulisan adalah dilampirkan.
Tarikh tutup: 31 Mei 2010
Sebarang pertanyaan ditujukan kepada: YDP MGC Pulau Pinang- En. Ooi(0124183272)

Sesiapa yang berminat, sila kirimkan satu set hard copy kepada En. Ooi Eng Lye(Penang Free School, Jalan Masjid Negeri, 11600 Pulau Pinang) dan juga emel "soft copy " ke alamat emel: mgcpulaupinang@gmail.com

Thursday, March 4, 2010

Sunday, February 28, 2010

Mesyuarat Pemanduan dan Pentadbiran Guru Cemerlang

Satu lagi mesyuarat bagi Guru Cemerlang akan diadakan pada 4 Mac 2010 (Khamis) di Dewan SM Teknik Tunku Abdul Rahman, Jalan Ibbetson, Georgetown pada pukul 8.00 pagi

Wacana Ilmu I : "Now GC, What's next?" oleh En Ow Yong Kean Guan, Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Pulau Pinang

Wacana ilmu II : " Kaian Tindakan" oleh En. Affandi bin Hassim (GC Lukisan Kejuruteraan)

Thursday, February 25, 2010

Mesyuarat Perancangan Peningkatan Prestasi



Satu mesyuarat telah diadakan untuk semua Guru Cemerlang Daerah Timur Laut bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut pada 25 Februari 2010 (Khamis), 8.00 pagi - 2.00 ptg.

Aktiviti Mesyuarat
Pendedahan : Lesson Study Group oleh En Tan Khan Aun
Pengurusan Kelas Dinamik oleh Cik Hajah Majemin
Ceramah Penggunaan ICT dalam P&P oleh En Ch'ng Yeang Soon