Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Blog rasmi Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang ini bertujuan untuk memberi sebanyak mungkin maklumat kepada semua GC agar dapat dikongsi bersama bagi memastikan Kecemerlangan Berterusan.

Monday, May 31, 2010

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa En. Ow Yong Kean Guan (Ketua Nazir Negeri Pulau Pinang sehingga 31 May 2010) akan bertugas sebagau Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Perak, KPM mulai 1 Jun 2010.

Sehubungan itu Saya bagi pihak MGC Pulau Pinang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh beliau kepada MGC Pulau Pinang.Semoga Tuhan yang membalas segala jasa baik tuan terhadap diri dan MGC Pulau Pinang.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan GC, Ketua Nazir Negeri,JNJK Negeri Pulau Pinang akan disandang oleh En. Chiang Choon Lim(mantan Ketua Nazir Negeri, Perlis) mulai 1 Jun 2010.

Pihak MGC Pulau Pinang mengucapkan "SELAMAT DATANG" dan SELAMAT BERTUGAS DI PULAU MUTIARA" kepada En. Chiang Choon Lim

No comments:

Post a Comment